Salam sejahtera dan salam pelaburan…
Topic Yang akan saya
kupas pada hari ini adalah berkaitan dengan pelaburan yang melibatkan “fiat
money” . Pernah saudara atau saudari dengar perumpaaan melayu yang berbunyi
berakit-rakit dahulu berenang2 ketepian bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian…klu
kita amati perumpaaan ni banyak mengajar kita erti kesabaran dalam mengecapi
kejayaan dikemudian hari.
Ramai orang ada sumber pendapatan tapi tidak ramai orang
yang ada simpanan yang banyak malah ada juga yang langsung tidak memulakan
simpanan hari tua mereka. So hari ni saya akan terang serba sedikit cara kita
melabur tapi saya focus kan kepada pelaburan yang paling popular dalam kalangan
bumiputera di Malaysia ni. Ramai golongan bumiputera yang masih leka dan tidak
mahu mengambil peluang yang disediakan oleh pihak kerajaaan dalam meningkatkan kekayaan mereka malah ada
yang lebih gemar berhutang daripada menyimpan semata2 untuk mencapai keselesaab
hidup yang sementara.
Amanah saham bumiputera atau ASB merupakan unit amanah saham
yang khusus disedikan oleh kerajaan kepada bumiputera di Malaysia bagi
meningkatkan pendapatan pelaburan mereka. Berikut merupakan antara kelebihan
ASB berbanding dengan unit amanah dan pelaburan yang lain.
(1) pelaburan yang dibuat tidak melibatkan perubahan nilai
unit yang dibeli iaitu RM1 seunit walawpun kegawatan ekonomi berlaku.
(2) Pelabur ASB bole melakukan sebarang urusan penambahan
dan penjualan unit di beberapa agen yang dilantik seperti Maybank, Cimb bank ,
RHB dan pejabat pos Malaysia.
(3) ASB merupakan unit yang cair dan bole dijual pada bila2
masa pada waktu pejabat tanpa sebarang masalah.
(4) Pelabur juga bole menambah unit mereka pada bila2 masa
menggunakan perkhidmatan online banking seperti maybank2u dan cimb clicks.
(5) jumlah maksimum unit sebanyak 200 000 bagi setiap
pelabur menguntungkan pelabur dalam jangka masa yang panjang.
(6) ASB juga bole dibuka untuk kanak2 dan remaja ini bole member
peluang kepada anak2 untuk mula melibatkan diri dalam duniapelaburan.
(7) ASB juga bole ditukarkan kepada sijil dan sijil ini bole
dicagarkan kepada pihak bank dalam membuat OD ( overdraf) dalam beroleh
pinjaman bercagar.
1 comment:
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/06/kebaikan-pelaburan-asb.html
Kebaikan Pelaburan ASB.
Post a Comment